Kalau nak derhaka pada Allah....

Salam alaik. Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya yakin ramai yang dah mendengar kisah ini. Namun, sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah ini. Always a reminder dalam menjalani kehidupan seharian. Sedarkan diri kita yang hanya menumpang di bumi Allah, bila-bila sahaja Allah boleh mengambil kembali nikmat yang diberikan jika kita tidak tahu bersyukur. 

“Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.” (Ibrahim:7)

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Abu Ishaq! (panggilan Ibrahim bin Adham), selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Abu Ishaq?" 
 

"Pertama, apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah, janganlah kamu makan rezeki-Nya." Pemuda itu bertanya lagi: "Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya?" Ibrahim menjelaskan, "Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih menderhaka kepada-Nya?" Lelaki itu berkata, "sekarang tolong beritahu hal yang kedua."
"Kedua, apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah, jangan tinggal di bumi-Nya." ujar lelaki tersebut, "Perkara ini mungkin lebih berat. Segala sesuatu yang ada bermula dari belahan timur sampailah ke barat adalah milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?" "Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih menderhaka kepada-Nya?" Lelaki itu berkata, "sekarang tolong beritahu hal yang ketiga."
"Ketiga, apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah, sekarang, cubalah cari suatu tempat yang mustahil diketahui-Nya, kemudian di tempat itu kamu bebas membuat maksiat." Lelaki itu semakin bingung lalu berkata, "Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapat dilakukan kerana Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?" "Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih menderhaka kepada-Nya dan mengawasi setiap gerak-gerimu?" Lelaki itu berkata, "sekarang tolong beritahu hal yang keempat."
"Kempat, apabila malaikat pencabut nyawa hendak mencabut nyawamu, cuba minta diberikan tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat nasuha dan beramal soleh kerana Allah." Jawab lelaki itu, "Mustahil, dia mahu menerima permohonanku." Ibrahim berkata, "Kamu tidak mungkin mampu menolak sebuah kematian hingga kamu dapat bertaubat dan kamu tahu bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil akan memberikan tempoh kepadamu lalu bagaimana kamu mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?" "Sekarang beritahu aku hal yang kelima"